Kira-kira RM33,500 peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada 5 buah keluarga golongan asnaf yang terpilih di sekitar Labuan menerusi Program Sinergi LABUANfm : Ziarah Prihatin dengan kerjasama MAIWP Labuan. 

Bantuan melibatkan bantuan kewangan bulanan, bantuan am persekolahan, bantuan persediaan institut pengajian tinggi (IPT) dan bantuan zakat.
Selain itu, program juga bertujuan untuk mendekatkan penyampai-penyampai LABUANfm selaku stesen tunggal di sini dengan penduduk wilayah ini.