Bagi memantapkan lagi bidang tugas khususnya dalam dunia penyiaran, Jabatan Penyiaran Labuan menganjurkan Kursus Pemantapan Labuan FM 2020.

Timbalan Pengarahnya, Pn. Fauziah Mohd.Sidek berkata, selain itu kursus tersebut bertujuan mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja jabatan itu.

Dalam kursus itu, peserta akan disemai dengan pelbagai perkara positif dalam tugasan seharian, menerusi sesi motivasi agar semangat bekerja yang tinggi berterusan.

Sebanyak 7-sesi ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Kuala Lumpur, Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor.

Kursus bertemakan Transformasi Minda Dan Sikap Ke Arah Labuan FM Yang Lebih Mantap, berlangsung selama 3 hari bermula hari ini, bertempat di Bilik Seminar Rafflesia, Ujana Kewangan Labuan.

Ia dihadiri seramai 50 orang pegawai dan kakitangan RTM Labuan, termasuk selebriti edidih.