Program Sinergi Labuanfm : Ziarah Kasih Pesara Tentera merupakan program radio di lokasi yang membawa penyampai-penyampai radio untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Keprihatinan penyampai-penyampai dan kakitangan Labuanfm sedikit sebanyak membantu bukan sahaja golongan yang memerlukan, malah memupuk kesedaran orang ramai terhadap sesuatu isu.

Menurut Timbalan Pengarah LABUANfm, Puan Fauziah Mohd Sidek, seramai 20 orang warga Labuanfm bersama Persatuan Veteran Tentera Laut Dan Maritim W.P Labuan (PVTLDM) & Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia W.P Labuan (PVATM) menziarahi 5 pesara tentera. Hadir sama pada program ini, Hj A Latif Amdan, Timbalan Pengerusi PVATM WP Labuan dan Hj Wan Abdul Rahim Bin Wan Abdul Rahman Yang Dipertua PVTLDM WP Labuan.

Tujuan program ini diadakan untuk menunjukkan keperihatinan terhadap pesara tentera yang uzur dan meringankan sedikit beban mereka serta memupuk semangat budaya menolong, bantu membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan agensi kerajaan yang lain serta swasta dan badan bukan kerjaan (NGO).
Sesuai dengan sambutan Hari Malaysia dengan tema “Malaysia Prihatin”. Sumbangan diberikan untuk meringankan beban dan sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan mereka kerana menjaga keamanan negara.