Program Muafakat LABUANfm

 

Aktiviti gotong-royong bukan sahaja mewujudkan suasana bersih dan selamat, serta mengelak penyakit berjangkit; malah mampu mengekalkan kerjasama yang sedia terjalin.

Oleh itu, Jabatan Penyiaran Labuan telah mengadakan Program Gotong-Royong membersihkan sekitar kawasan bangunan pejabat itu.

Menurut Timbalan Pengarahnya, Pn. Fauziah Mohd. Sidek, aktiviti itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan.

Katanya, selain mengeratkan kerjasama, aktiviti itu juga dilakukan bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes, dan penyakit demam denggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Muafakat Labuan FM 2019, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat menjayakan gotong-royong tersebut.

Lebih 40-orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penyiaran, bersama anggota JBPM dan JBA Labuan, bergotong-royong membersihkan longkang dan kawasan semak, sekitar kawasan RTM Labuan.

Sementara itu, juga dilakukan aktiviti semburan kabus atau fogging, bagi menghapuskan nyamuk aedes, di sekitar Pejabat Jabatan Penyiaran, Kuarters RTM, dan kawasan Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM), di Tanjung Taras.

Aktiviti dijayakan bersama Jabatan Kesihatan Labuan.