Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, LABUANfm tidak ketinggalan dalam melaksanakan program amal. Jelajah Ramadan tahun ini berlainan dengan tahun yang sebelumnya kerana sumbangan yang diberi adalah berbentuk wang tunai dan juga barangan. Jelajah Ramadan 2017 di Labuan telah diadakan pada 9 Jun 2017 di Kampung Nagalang W.P Labuan.

Secara amnya, program ini dijalankan untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik dalam mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan syawal. selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyuburkan semangat kesukarelawan dalam kalangan umat islam bersesuaian dengan pengiktirafan bahawa Ramadan sebagai bulan yang mulia. Disamping itu,program ini juga telah  mewujudkan kegembiraan dalam diri dan masyarakat setempat ketika menjalani ibadah puasa dan berbuka puasa bersama. Tambahan pula, pihak kakitangan RTM juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM100.00 telah diberikan kepada asnaf yang terdiri daripada 10 orang. Mereka terdiri daripada anak yatim dan ibu tunggal.