BINTANG KECIL 2017

Sempena Karnival Kesihatan 2017 dan Sambutan Ulang Tahun hari RTM ke-71, LABUANfm telah mengadakan program radio di lokasi iaitu Pertandingan Bintang Kecil 2017 peringkat WIlayah Persekutuan Labuan.Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 11 tahun.

Pertandingan ini mencari wakli "BINTANG KECIL LABUANfm" daripada peserta yang telah berjaya diketengahkan dalam pertandingan Bintang kecil Peringkat Zon Sabah yang akan diadakan di Sabah. Ujibakat telah dijalankan pada 25 Mac 2017 (Sabtu) bertempat di Laman Paadian LABUANfm. manakala peringkat akhir telah berlangsung pada 01 April 2017 (Sabtu) di Pentas Terbuka, Arena Bowling Padang Labuan.

Program ini dianjurkan oleh Radio Malaysia LABUANfm dengan kerjasama Jabatan Kesihatan W.P Labuan serta agensi-agensi berkaitan.

BINTANG REMAJA 2017

Pencarian peserta bintang remaja labuanfm 2017 telah berlangsung pada 18 dan 19hb feb 2017 bertempat di studio rakaman labuanfm. Pertandingan akhir telah berlangsung pada 25hb feb 2017 di pentas utama dataran lawnball sempena hari wilayah peringkat WP Labuan. Seramai 30 remaja hadir dalam sesi ujibakat dan disenarai pendek kepada 8 finalis untuk berentap di peringkat akhir iaitu :

  • MOHD KHAISAL BIN NURILLA
  • AMIRUL RIDZWAN BIN JASIN
  • CLIVE WASILIN
  • MD ZURIN ZURAIMY
  • NORFATIHAH JAIDI
  • MOHD FIRDAUS FEERID
  • SITI NURHALIZA BAKRI
  • MOHD ADRYAN DANIAL