Labuan fm mengambil kesempatan untuk mengadakan “Program Hari Bersama Pendengar LABUANfm’ pada 18 Julai 2017. Program ini diadakan di perkarangan LABUANfm dan telah bermula pada pukul 10 pagi- 2 petang.

Antara pengisian program tersebut adalah berinteraksi dengan lebih dekat dengan masyarakat khususnya pendengar setia LABUANfm, disajikan dengan jamuan Hari Raya, Karaoke suka-suka, kuiz dan persembahan khas dari band jamputan iaitu kumpulan First Qizz. Hadiah misteri telah diberikan kepada pengunjung yang bertuah. Seramai 1000 orang pengunjung yang datang menceriakan lagi program ini.

Program ini adalah program tahunan yang diadakan bersama maysarakat setempat umumnya dan pendengar LABUANfm. program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pendengar dan warga LABUANfm.  Secara tidak langsung, pihak RTM Labuan telah mendapatkan maklum balas daripada pendengar serta membuat penambahbaikan dari segi mutu dan kualiti terhadap program dan siaran LABUANfm.