Program yang bertemakan "Kenali Laut dan Hasilnya" merupakan program tahunan yang telah disenaraikan di dalam kalendar Acara Tahunan di Wilayah Persekutuan Labuan dan RTM merupakan penganjur utama. Acara ini merupakan aktiviti tradisi masyarakat Melayu Brunei dan Melayu Kedayan di Labuan iaitu menangkap ikan pada musim tertentu dalam keadaan air surut besar sebelah petang hingga malam. Pada waktu ini ikan akan berada di pesisir pantai.

Program yang berlangsung pada 29 April 2017 ini bertujuan untuk mempromosikan Fiesta Menyuluh dan sekaligus mempromosikan RTM di peringkat akar umbi selain melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tambahan lagi, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pendengar dan warga LABUANfm serta memupuk persefahaman antara kaum dengan menunjukkan keistimewaan perayaan ini.