EDIDIH merupakan sebuah rancangan bahasa tempatan yang bersiaran setiap hari di LABUANfm dari pukul 3 petang - 5 petang. Rancangan ini mendapat sambutan dan pilihan tertinggi pendengar di Labuan. bagi memantapkan lagi rancangan 'EDIDIH' dan LABUANfm, rancangan ini dibawa ke lokasi untuk mendekati dan menarik lebih ramai pendengar amnya dan peminat khususnya. "Edidih" dalam bahasa Melayu Brunei-Kedayan bermaksud 'Perkara yang hebat dan menakjubkan..' sementara 'Badudun' bermaksud "Pergi ke suatu tempat".

Program ini merupakan program tahunan (kali ke-9) yang diadakan bersama masyarakat Labuan Umumnya dan pendengar serta peminat bahasa Melayu-Brunei Kedayan. Di samping itu, porgam ini adalah bukti LABUANfm serius dalam memperjuangkan bahasa dan budaya masyarakat Labuan serta menghargai peminat dan pejuang bahasa tempatan Melayu-Brunei Kedayan yang menjadi peminat setia program ini.

Puan Rafeah Hj Ibrahim selaku DJ yang menyelaras slot Teratak DJ serta Puan Hashimah Hassan selaku Penerbit Program Edidih Badudun Kitani 2017.