Jabatan penyiaran Labuan dengan kerjasama Labuan Society telah menganjurkan program Sehati@RTM Jom Santai’ Siri 1 bertempat di Taman Muhibbah Labuan pada 29 Jun 2019 lepas.

Rancangan berkonsepkan santai itu memberi peluang kepada pendengar-pendengar stesen itu untuk beramah mesra bersama penyampai radio Labuan Fm, sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim.

Selain itu, penganjurannya merupakan inisiatif meraikan anak anak istimewa daripada Persatuan Pemulihan Dalam Komunitu (P-P-D-K) Labuan. Antara pengisian program tersebut adalah persembahan nyanyian daripada artis residen, kuiz dan sukan rekreasi santai bersama pendengar.

Program bulanan Sehati@RTM ini diadakan bermula Jun sehingga Oktober 2019. Hadir sama dalam program tersebut Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd Sidek serta Pengerusi Labuan Society, Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman.