Sambutan Hari Radio Sedunia berlangsung di SMK Rancha-Rancha.Rombongan dari LABUANfm yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd Sidek disambut baik oleh Pengetua SMK Rancha-Rancha, Yahya Ahmad Puteh. Program diteruskan dengan Majlis menandatangani jaringan kerjasama antara LABUANfm dengan sekolah berkenaan yang merupakan sekolah tunggal yang mempunyai stesen radio sendiri iaitu Rancha's fm. Manakala sambutan di konti pula menerusi #EksklusifBersama tetamu juga akan memperkatakan tentang topik "Hari Radio Sedunia 2020 : Radio & Kepelbagaian".