Program Kunjungan Kasih Tautan Mesra Bekas Kakitangan Labuanfm

Program ini diadakan pada 11 Januari 2020 yang dihadiri oleh YBhg.Dato' Abu Samah Mahat, Mantan Pengawal Stesen Radio Labuan yang pertama serta isteri YBhg.Datin Sharifah Lauyah Syed Jaafar. Turut dihadiri oleh Puan Johara Abdullah, mantan juruhebah pertama Labuanfm yang bertugas pada 31 ogos 1986, mantan Ketua Bahagian Rancangan Stesen pertama En.Othman Mohamed, mantan juruhebah tempatan W.P Labuan pertama,Puan Aminah Shamsudin Mohamad, mantan pemberita pertama, perintis juruteknik dan semua mantan kakitangan Labuanfm yabg bertugas dari tahun 1986 hingga kini.